Wednesday, August 3, 2011

Fail untuk download

Bagi pelajar yang ingin memohon tempat LI, sila download:

1- Panduan Permohonan LI
2- Surat Permohonan
3- Biodata Pelajar
4- Borang Jawapan
5- Borang Pendaftaran LI
6- Panduan Penilaian Rubric LI

PANDUAN PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI

1. Kenalpasti syarikat/firma serta bidang perniagaan/perkhidmatan syarikat, syarikat mestilah
sesuai dengan bidang pengajian anda.

2. Pilih tempat latihan yang sesuai dengan anda. Faktor-faktor berikut mestilah diambilkira:-

a. Tempat tinggal.
b. Pengangkutan.
c. Kos Sara hidup.

3. Muat turun perkara berikut melalui laman web(www.psp.edu.my):-

a. Borang biodata. (Diisi oleh pelajar untuk kegunaan UPLI)
b. Surat permohonan. (Dihantar kepada syarikat)
c. Resume. (Dihantar kepada syarikat)
d. Borang Jawapan. (Diisi oleh syarikat dan dikembalikan semula kepada UPLI)

4. Permohonan boleh dibuat melalui email, surat-menyurat, telefon atau temujanji dengan
pihak syarikat. Pastikan anda tahu Nama dan No. Tel Pegawai yang dihubungi.

5. Peringatan! Pelajar hanya dibenarkan memohon satu tempat sahaja pada satu masa.
Pelajar yang memohon lebih dari satu tempat dalam satu masa akan dibatalkan semua
permohonannya.

6. Jika permohonan anda tidak mendapat jawapan dalam masa 2 minggu, hubungi pegawai
syarikat yang berkenaan atau Unit Perhubungan dan Latihan Industri dengan segera.

7. Jika permohonan anda berjaya, pastikan borang jawapan dihantar ke UPLI untuk tujuan
rekod.

8. Tarikh tutup permohonan 01 DISEMBER 2011.

Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)
Politeknik Seberang Perai
Jalan Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang
Cik Rosidah Binti Ahmad
Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri
Tel : 04-5383322 Faks: 04-5374272

Monday, August 1, 2011

Taklimat 1 - Latihan Industri

Taklimat 1 Latihan Industri akan dijalankan pada:

Hari: Rabu
Tarikh: 3/8/2011
Masa: 1.00 - 1.45 ptg
Tempat: DKU
Kelas yang terlibat: DTK3A, DTK3B, DTK3C, DEP3A dan DEP3B

Semua pelajar diwajibkan hadir