Monday, August 1, 2011

Taklimat 1 - Latihan Industri

Taklimat 1 Latihan Industri akan dijalankan pada:

Hari: Rabu
Tarikh: 3/8/2011
Masa: 1.00 - 1.45 ptg
Tempat: DKU
Kelas yang terlibat: DTK3A, DTK3B, DTK3C, DEP3A dan DEP3B

Semua pelajar diwajibkan hadir

Wednesday, July 20, 2011

Kad CIDB

Kad CIDB telah siap, kepada pelajar yang telah disenaraikan, sila ambil kad anda pada En Sallehin.

http://li-jke.blogspot.com/p/senarai-nama-kad-cidb.html

Jika tidak dapat datang boleh wakilkan pada kawan

Monday, July 18, 2011

LI di Melaka

Dimaklumkan bahawa terdapat syarikat memerlukan pelajar untuk menjalani latihan industri di Melaka seperti berikut:

YNA Corporation
No.3, Jalan Malinja 3,
Taman Malinja Bukit Baru,
75100 Melaka.

Tel: 06-2817787 / 06-2827787
Fax : 06-2817787

Email : azyna@tm.net.my / ynacorporation@yahoo.com

Hp: 013-6225601 En. Azhar

Sesuai untuk student DTK dan DEP

Friday, July 8, 2011

Senarai Nama Temuduga

Kepada semua pelajar yang telah menamatkan Latihan Industri bagi sesi Disember 2010.

Senarai Pensyarah Penemuduga adalah seperti berikut:

http://li-jke.blogspot.com/p/senarai-nama-temuduga-latihan-industri.html

1. Satu sesi Taklimat temuduga akan dijalankan pada:

Tarikh: 13/7/2011 (RABU)
Pukul: 2.15ptg
Tempat: DKE

2. Sila buat temujanji dengan pensyarah masa yang sesuai untuk sesi temuduga (Tempoh membuat temujanji 13/7/2011 hingga 15/7/2011)



3. Tetapkan tarikh sesi temuduga dengan Pensyarah antara 18/7/2011 hingga 20/7/2011.

4. Sampul Surat laporan hendaklah diserahkan kepada pensyarah ketika membuat temujanji

5. Sila bawa Resume ketika sesi temuduga

6. Sila pakai pakaian yang kemas ketika sesi temuduga (Kemeja bertali leher bagi lelaki) dan pakaian yang sopan (bagi perempuan)

7. Sesi temuduga akan berjalan menggunakan bahasa Inggeris (bergantung kepada pensyarah).

8. Pelajar dikehendaki membuat pembetulan pada laporan akhir sekiranya diarahkan oleh pensyarah penemuduga.

9. Tarikh akhir menghantar laporan yang telah siap dibetulkan adalah pada 25/7/2011 (Isnin)

10. Pelajar dikehendaki menyediakan RM20 untuk binding hard cover buku laporan (kumpulkan pada wakil kelas) kemudian serahkan kepada En Sallehin.

Sebarang masalah sila maklumkan pada Penyelaras LI JKE

Thursday, June 23, 2011

LI di Genting Highland Resort

Permohonan masih lagi dibuka

Email daripada Pn Fadzilah, BHIP JPP

Dr/Tuan/Puan,

Salam sejahtera..

Untuk makluman Dr/Tuan/Puan, JPP telah mengadakan kolaborasi dengan Genting World Resort Malaysia Sdn Bhd. Pihak Genting berbesar hati untuk menawarkan 45-50 tempat latihan industri di Genting World Resort, Genting Highland bagi sesi mulai Julai 2011.

Sehubungan itu, mohon Dr/Tuan/Puan untuk menghebahkan perkara ini kepada Unit Perhubungan & Latihan Industri di politeknik Dr/Tuan/Puan untuk dimaklumkan kepada pelajar yang masih belum lagi mendapat tempat latihan industri bagi Sesi Julai 2011 ini.

Tawaran tempat latihan adalah seperti berikut:
Tempat : Genting World Resort Malaysia Sdn Bhd, Genting Highland
Elaun : RM640 sebulan
Bidang pelajar : Mekanikal & Elektrik (Diploma sahaja)
Kemudahan tempat tinggal disediakan secara percuma

Mohon Dr/Tuan/Puan maklumkan kepada saya nama pelajar melalui h/p 0134378858 atau email.

Sekian. Terima kasih

Fadzilah, BHIP JPP

Friday, June 17, 2011

LI di Simpang Ampat

Kepada pelajar yang belum mendapat tempat LI boleh hubungi:

En. Rosdi Bin Darus (019-4141442,)
di alamat:

Ratus Karisma Sdn Bhd
No 20 tingkat 1
Jalan tambun indah
14100 bukit tambun
Simpang ampat,SPS
P.Pinang.
Tel : 04-4885126


Memerlukan -2 orang pelajar Jabatan Perdagangan
-2 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Kemudahan – Elaun RM300.00
- Tempat tinggal disediakan

Wednesday, June 15, 2011

LI di Bandar Perda

Sebuah syarikat di Bandar Perda memerlukan 4 orang pelajar jurusan komputer atau electric

HMR Resources Malaysia Sdn Bhd,
33 Lorong Perda Timur 7,
Bandar Perda
(sebelah Jaya Jusco)


  1. Syarikat ini mengimport komputer second hand dari Australia dan di “refurbished” untuk dijual semula

  2. Pelajar akan diajar untuk format dan install program. Juga cara2 troubleshooting

  3. Memerlukan 4 orang sama ada lelaki atau perempuan atau campuran.

  4. Elaun diberikan RM200 seorang

  5. Selepas praktikal disini, diharapakan pelajar akan mahir membaiki dan install program pada semua jenis komputer dan laptop

Hubungi:
Md Alfee Ahmad
Pengurus syarikat
012-4959006

LI di Sg Petani

Kepada pelajar yang belum mendapat tempat LI boleh hubungi
En. Amirul 012-5073661
dialamat:

Perusahaan Sindi
Kawasan Perusahaan Cendana
08000 Sg Petani Kedah.

(berdekatan taman keladi dan taman cendana sg petani)

Memerlukan:
1-2 orang pelajar kejuruteraan mekanikal
1-2 orang pelajar kejuruteraan elektrik

Monday, June 6, 2011

Perlukan Pelajar LI - Seberang Jaya

Ini ada syarikat yang berminat nak ambil student LI (Elektrik).
Graduan yang berminat nak kerja pun boleh memohon.

SMART MODULAR TECHNOLOGIES SDN BHD
SEBERANG JAYA


Tel: 04-3880167 (Pn Noraini binti Ismail)