Wednesday, September 4, 2013

Tawaran Menjalani Latihan Praktikal Di Bukit Kiara Resort Berhad



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syarikat kami, Bukit Kiara Resort Berhad atau lebih dikenali dengan nama Bukit Kiara Equestrian & Country Resort dengan sukacitanya ingin menawarkan tempat bagi para pelajar di institusi pengajian tuan bagi menjalani program latihan praktikal.

Berikut adalah butiran ringkas mengenai syarikat kami ;

            Nama syarikat           :  Bukit Kiara Resort Berhad
            Alamat                        :  Jalan Bukit Kiara, Off Jalan Damansara 60000 Kuala Lumpur
            No. telefon                 :  03-20941222
            Alamat mel                 :  kiara.hr@berjayaclubs.com
            Laman web                 :  www.berjayaclubs.com/kiara

Bidang – bidang yang berkaitan dengan pengajian yang diperlukan ;

·         Kejuruteraan Mekanikal
·         Kejuruteraan Elektrik
·         Teknologi Makanan
·         Perdagangan
·         Hospitaliti
 
Peringkat pengajian     :  Diploma
CGPA                         :  2.50 dan ke atas
Elaun                           :  RM350.00 – RM400.00
Faedah                        :  Makan percuma di Kantin Pekerja  
                                    :  Kenderaan Pengangkutan Pekerja

Kami mengalukan para pelajar yang ingin mencari pengalaman di dalam bidang yang berkaitan di atas. Kami memberi keutamaan kepada pelajar yang mampu untuk berdikari, kreatif, rajin bekerja dan ingin mempelajari sesuatu yang baru.

Sila berhubung dengan syarikat kami dengan menghantar resume yang lengkap dan terkini berserta gambar berukuran passpot ke alamat mel elektronik sepertimana tertera di atas. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi En. Azraai di talian 03-20931864.

Sekian, terima kasih.

1 comment:

  1. saya dari diploma islamic banking,boleh tak saya buat praktikal di sini?

    ReplyDelete