Thursday, December 15, 2011

Senarai Penempatan LI Disember 2011

Mohon kepada semua pelajar bagi penempatan LI sesi Disember 2011 menyemak rekod penempatan anda.

Sekiranya terdapat kesilapan sila berhubung dengan penyelaras kelas SEGERA!.

Wednesday, December 14, 2011

Panggilan Balik Pelajar Latihan Industri Sesi Jun 2011

Kepada semua pelajar LI sesi Jun 2011,

Anda diminta untuk melapor diri di Politeknik Seberang Perai pada:

Tarikh: 23 Disember 2011 (Jumaat)
Masa: 2.45 - 4.45 ptg
Tempat: BKE 12


Pastikan anda membawa dokumen berikut WAJIB:

1. Buku Laporan Harian
2. Laporan Latihan Industri (lebih >80 m/s, siap 100% - tanpa jilid)
3. Surat Pengesahan Tamat Latihan Industri (3 salinan)
4. Borang Penilaian Prestasi dari Firma

Sila sediakan SAMPUL SURAT BESAR untuk mengisi semua dokumen di atas

Jika tidak cukup perkara di atas, anda tidak dibenarkan mendaftar.

Rujuk:
Jadual Panggil Balik Pelajar LI
Surat Panggil Balik Pelajar LI

Terima kasih

Tuesday, December 6, 2011

LI di Bayan Lepas

Sila hubungi pegawai berikut untuk maklumat lanjut:

En Rudy Musnandar Mohamad Said
B. Braun Medical Industries Sdn Bhd (Co. Reg. No. 19051-M)
Bayan Lepas Free Industrial Zone
P. O. Box 880, 10810 Penang, Malaysia, ,
Tel : 04-6323929 Fax : 04-6439513
http://www.bbraun.com.my

Friday, December 2, 2011

Tiada Penahanan Pelajar Untuk Menjalani Latihan Industri

Makluman yang baru diterima dari Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

Pihak JPP memberi kelonggaran kepada semua pelajar yang akan menjalani latihan industri pada semester Disember 2011 iaitu:

Semua pelajar dibenarkan menjalani latihan industri termasuk:

1. Pelajar yang tidak mencukupi jumlah kredit terkumpul iaitu 42 Jam Kredit

2. Pelajar yang belum mengambil kursus AS101 Softskills

Sehubungan dengan itu semua pelajar diminta mencari tempat LI SEGERA dan memaklumkan kepada Unit Perhubungan dan Latihan Industri terutamanya yang belum pernah mencari tempat.

Sekian, harap tindakan segera dapat diambil.