Friday, December 2, 2011

Tiada Penahanan Pelajar Untuk Menjalani Latihan Industri

Makluman yang baru diterima dari Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

Pihak JPP memberi kelonggaran kepada semua pelajar yang akan menjalani latihan industri pada semester Disember 2011 iaitu:

Semua pelajar dibenarkan menjalani latihan industri termasuk:

1. Pelajar yang tidak mencukupi jumlah kredit terkumpul iaitu 42 Jam Kredit

2. Pelajar yang belum mengambil kursus AS101 Softskills

Sehubungan dengan itu semua pelajar diminta mencari tempat LI SEGERA dan memaklumkan kepada Unit Perhubungan dan Latihan Industri terutamanya yang belum pernah mencari tempat.

Sekian, harap tindakan segera dapat diambil.

No comments:

Post a Comment