About Latihan Industri


Latihan industri bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar, meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran, menanam sikap bertanggungjawab, yakin dan semangat kerja berpasukan.


Latihan industri wajib dijalani oleh pelajar mengikut bidang kursus yang telah ditetapkan dan melibatkan pelajar semester 3 peringkat sijil dan semester 4 peringkat diploma serta telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.


Tempoh latihan industri adalah satu semester iaitu selama 5 bulan. Semua pelajar wajib lulus latihan industri sebelum dianugerahkan sijil atau diploma.


Pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan samada membuat permohonan sendiri atau melalui UPLI. Pelajar dikehendaki memohon tempat latihan yang bersesuaian dengan bidang yang dipelajari di politeknik.


Portal UPLI PSP