Tatacara Latihan Industri

Tatacara ini adalah wajib diikuti oleh semua pelajar yang akan menjalani Latihan Industri.

1. Mendaftar modul latihan industri di UPLI menggunakan Borang Pendaftaran LI

2. Menghadiri Modul Softskills Latihan Industri

3. Menghadiri Taklimat 1 dan 2

4. Memohon tempat latihan (sendiri @ melalui UPLI)

5. Membuat pembatalan secara rasmi dengan persetujuan UPLI bagi pelajar yang mendapat lebih dari satu tempat latihan

6. Tidak menukar tempat latihan tanpa kelulusan KUPLI

7. Tidak memalsukan sebarang maklumat yang dihantar ke UPLI


*Kegagalan mematuhi tatacara ini akan menyebabkan anda dikenakan tindakan seperti berikut:

a. Amaran ATAU
b. Membatalkan tempat latihan ATAU
c. Potong markah tidak lebih 50% ATAU
d. Didenda tidak melebihi RM500.00 ATAU
e. Mengulang latihan industri ATAU
f. Diberhentikan pengajian

Sumber: Garis Panduan Latihan Industri Politeknik KPTM, Sektor Pengurusan Politeknik, JPPKK Edisi Kedua