Tuesday, January 10, 2012

Garis Panduan Latihan Industri Terkini

Kepada pelajar yang sedang menjalani latihan industri,

Sila dapatkan salinan GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI terkini

Garis panduan ini dapat membantu anda:

1) menulis buku log
2) menulis jurnal refleksi
3) membuat laporan akhir
4) memahami penilaian-penilaian yang dilaksanakan ketika LI
5) memahami peraturan Latihan Industri


dan lain-lain lagi, sila download, baca dan fahamkan.

Monday, January 9, 2012

Baucher Buku RM200.00

Semua pelajar Politeknik akan mendapat bantuan baucer sebanyak RM 200.00.

Bagi Pelajar PSP yang sedang menjalani Latihan Industri, baucer tersebut boleh diambil di UPLI selepas 25 Januari 2012.

Bagi Pelajar Latihan Industri yang tidak dapat hadir ke UPLI bolehlah mewakilkan waris/penjaga dengan syarat waris/penjaga membawa salinan Kad Pengenalan (IC) pelajar.

Sebarang makluman lanjut sila hubungi UPLI PSP.

Thursday, January 5, 2012

Penilaian dan Temuduga LI Sesi Jun 2011

Tahniah! kepada semua pelajar yang telah berjaya menamatkan Latihan Industri sesi Jun 2011

Sila semak:

1) Jadual Aktiviti Penilaian & Temuduga LI
2) Senarai Pelajar dan Pensyarah Penemuduga

Sebarang masalah boleh hubungi En Sallehin

Selamat Menjalani Temuduga!!!

Thursday, December 15, 2011

Senarai Penempatan LI Disember 2011

Mohon kepada semua pelajar bagi penempatan LI sesi Disember 2011 menyemak rekod penempatan anda.

Sekiranya terdapat kesilapan sila berhubung dengan penyelaras kelas SEGERA!.

Wednesday, December 14, 2011

Panggilan Balik Pelajar Latihan Industri Sesi Jun 2011

Kepada semua pelajar LI sesi Jun 2011,

Anda diminta untuk melapor diri di Politeknik Seberang Perai pada:

Tarikh: 23 Disember 2011 (Jumaat)
Masa: 2.45 - 4.45 ptg
Tempat: BKE 12


Pastikan anda membawa dokumen berikut WAJIB:

1. Buku Laporan Harian
2. Laporan Latihan Industri (lebih >80 m/s, siap 100% - tanpa jilid)
3. Surat Pengesahan Tamat Latihan Industri (3 salinan)
4. Borang Penilaian Prestasi dari Firma

Sila sediakan SAMPUL SURAT BESAR untuk mengisi semua dokumen di atas

Jika tidak cukup perkara di atas, anda tidak dibenarkan mendaftar.

Rujuk:
Jadual Panggil Balik Pelajar LI
Surat Panggil Balik Pelajar LI

Terima kasih

Tuesday, December 6, 2011

LI di Bayan Lepas

Sila hubungi pegawai berikut untuk maklumat lanjut:

En Rudy Musnandar Mohamad Said
B. Braun Medical Industries Sdn Bhd (Co. Reg. No. 19051-M)
Bayan Lepas Free Industrial Zone
P. O. Box 880, 10810 Penang, Malaysia, ,
Tel : 04-6323929 Fax : 04-6439513
http://www.bbraun.com.my

Friday, December 2, 2011

Tiada Penahanan Pelajar Untuk Menjalani Latihan Industri

Makluman yang baru diterima dari Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

Pihak JPP memberi kelonggaran kepada semua pelajar yang akan menjalani latihan industri pada semester Disember 2011 iaitu:

Semua pelajar dibenarkan menjalani latihan industri termasuk:

1. Pelajar yang tidak mencukupi jumlah kredit terkumpul iaitu 42 Jam Kredit

2. Pelajar yang belum mengambil kursus AS101 Softskills

Sehubungan dengan itu semua pelajar diminta mencari tempat LI SEGERA dan memaklumkan kepada Unit Perhubungan dan Latihan Industri terutamanya yang belum pernah mencari tempat.

Sekian, harap tindakan segera dapat diambil.

Wednesday, November 23, 2011

Taklimat 3 - Perubahan Struktur Penilaian Latihan Industri

Kepada pelajar yang bakal menjalani latihan industri bermula Disember 2011.

Sila pastikan anda peka terhadap perubahan-perubahan yang telah diterangkan pada taklimat yang lalu.

1) Penulisan Buku Log - bagi catatan harian
2) Penulisan Jurnal Refleksi - seminggu sekali
3) Penulisan Laporan Akhir - dihantar siap berjilid pada hari lapor diri tamat LI

Borang Penilaian Baru

1) Reflektif Jurnal (dinilai oleh Firma 20%)
2) Practical Task (dinilai oleh Firma 40%)

Sila download slide taklimat untuk maklumat lanjut.

Tawaran LI di Bukit Minyak

Salam sejahtera.

Tawaran tempat latihan industri kepada pelajar JKE, JKM dan JP adalah seperti berikut:-

Chin Mah Plastics Industries Sdn Bhd
Kaw. Perindustrian Bukit Minyak.
04-5888841
04-5888741(faks)
016-4571450 (Madam Kesa)


Sekian untuk makluman.