Wednesday, September 4, 2013

TAKLIMAT PROGRAM INDEP-WD

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan semua pelajar Semester 3 DTK dan DEP yang akan menjalani LI pada semester hadapan Disember 2013, anda diWAJIBkan untuk menghadirkan diri ke taklimat seperti berikut:  

TAKLIMAT PROGRAM PERANTISAN INDUSTIAL DEVELOPMENT PROGRAM (INDEP) WESTERN DIGITAL

TARIKH: 10 SEPTEMBER 2013
MASA: 10 PAGI
TEMPAT: DEWAN KULIAH UTAMA (DKU)

Kehadiran akan diambil.

Pelajar juga diWAJIBkan untuk menyediakan RESUME / CV dan serahkan softcopy dan hardcopy kepada PA kelas masing-masing

UPLI JKE PSP

Tawaran Menjalani Latihan Praktikal Di Bukit Kiara Resort Berhad



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syarikat kami, Bukit Kiara Resort Berhad atau lebih dikenali dengan nama Bukit Kiara Equestrian & Country Resort dengan sukacitanya ingin menawarkan tempat bagi para pelajar di institusi pengajian tuan bagi menjalani program latihan praktikal.

Berikut adalah butiran ringkas mengenai syarikat kami ;

            Nama syarikat           :  Bukit Kiara Resort Berhad
            Alamat                        :  Jalan Bukit Kiara, Off Jalan Damansara 60000 Kuala Lumpur
            No. telefon                 :  03-20941222
            Alamat mel                 :  kiara.hr@berjayaclubs.com
            Laman web                 :  www.berjayaclubs.com/kiara

Bidang – bidang yang berkaitan dengan pengajian yang diperlukan ;

·         Kejuruteraan Mekanikal
·         Kejuruteraan Elektrik
·         Teknologi Makanan
·         Perdagangan
·         Hospitaliti
 
Peringkat pengajian     :  Diploma
CGPA                         :  2.50 dan ke atas
Elaun                           :  RM350.00 – RM400.00
Faedah                        :  Makan percuma di Kantin Pekerja  
                                    :  Kenderaan Pengangkutan Pekerja

Kami mengalukan para pelajar yang ingin mencari pengalaman di dalam bidang yang berkaitan di atas. Kami memberi keutamaan kepada pelajar yang mampu untuk berdikari, kreatif, rajin bekerja dan ingin mempelajari sesuatu yang baru.

Sila berhubung dengan syarikat kami dengan menghantar resume yang lengkap dan terkini berserta gambar berukuran passpot ke alamat mel elektronik sepertimana tertera di atas. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi En. Azraai di talian 03-20931864.

Sekian, terima kasih.

Thursday, July 25, 2013

Semakan Tawaran Tempat LI melalui i-UPLI SPMP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Pelajar yang mencari tempat LI boleh menyemak tawaran terbaru daripada pihak firma yang berminat untuk mengambil pelajar LI melalui I-UPLI dalam paparan UTAMA UPLI.



Peluang Pekerjaan Khusus utk pelajar politeknik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya Norsuhaida iaitu penyelaras dari Pusat Latihan Intellect Vast Consultant ingin memohon pelajar Politeknik bagi intership di Pusat Latihan Kami. Saya berharap, permohonan ini dapat dipertimbangkan.

Sekian Terima Kasih

Saturday, July 13, 2013

Taklimat Pengenalan Latihan Industri

Satu Taklimat Pengenalan Latihan bagi pelajar yang akan menjalani LI pada sesi Disember 2013 akan diadakan pada 17 Jun 2013 (Rabu) 2.30 Petang Dewan Seri Mutiara (DSM) Kehadiran wajib bg kelas DTK3A DTK3B DTK3C DEP3A DEP3B serta semua pelajar extend (yg ditahan LI)

Friday, June 14, 2013

Omron Malaysia Sdn Bhd: Peluang Latihan Industri dan Jawatan kosong

Peluang untuk menjalani latihan industri ditempat kami

boleh menghantar resume dan dokumen berkaitan ke alamat email kami ombhr@ap.omron.com

atau berhubung ditalian 03-7884 8000 smbg 324.

Untuk makluman syarikat ini adalah kilang pembuatan alat geganti (relay) yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Kami juga mempunyai kekosongan jawatan untuk Juruteknik (Diploma Mekanikal/Elektronik/Elektrik dan setaraf) dan sekiranya ada para pelajar yang telah tamat pengajian kami amat mengalukan mereka untuk menghantar resume ke email atau alamat

Syahrum Yusoff
Sumber Manusia
Omron Malaysia Sdn Bhd
Lot 15 Jln SS 8/4
Sungei Way Free Industrial Zone

47300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Tel        : 03-7884 8000 ext 324
Email        : ombhr@ap.omron.com

Pendaftaran E-Enrol atau SPMP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada SEMUA pelajar yang akan menjalani LI bagi sesi Jun 2013.

Anda TIDAK PERLU mendaftar pada laman web E-Enrol / SPMP politeknik buat masa ini.

Sebarang pendaftaran selepas ini akan dimaklumkan melalui laman web rasmi www.psp.edu.my.

Terima kasih

Monday, May 27, 2013

GNR Business Solutions, Shah Alam

GNR Business Solutions adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang aktif menjalankan perniagaan dalam bidang Teknologi Maklumat (ICT). Kami mempunyai rekod yang cemerlang dalam perlaksanaan pelbagai projek antaranya Projek E-Bahan Digital, Projek Asset Digital di Bawah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Projek Rangkaian dan Fiber Optik di TopGlove Corporation Berhad,Projek Pembekalan Komputer & Rangkaian Di Sekolah-sekolah, Membina sistem Web Based Delivery, Projek membina laman web untuk syarikat tempatan Projek Rangkaian di Bukit Kiara Resort Berhad dan pelbagai di agensi swasta dan kerajaan yang lain.

Sila berhubung En MUHAMAD FAIQ AZAHAR ditalian 017-2740140 untuk sebarang makluman dan pertanyaan.

Pengurus Operasi
017 274 0140

Alamat Syarikat
No 7A, Jalan Sena 3/13A,
Seksyen 3,
40000 Shah Alam,
Selangor

Tel: 03-55450442
Fax: 03-55450442

Bidang keutamaan: ICT
Jurusan Grafik atau Multimedia
Jurusan Teknologi Rangkaian atau Pengaturcaraan Jurusan-jurusan yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat

Tahap:
Sijil atau diploma atau ijazah

Tuesday, May 7, 2013

4 places for Industrial Training - National Instrument, Bayan Lepas

We would like to inform you that we still have 4 industrial training opportunities for this June's industrial training session.

Do let me know if you do have anymore students who are interested. Please feel free to contact and email to me your RESUME / CV  

Florence.Yong@ni.com

Regards, Florence Yong | Recruiting Specialist | National Instruments | ni.com/penang
office (direct): +6 04 377 6074 |  fax: +604 626 4586
NI Malaysia Sdn. Bhd. 8 Lebuh Batu Maung 1, 11960 Bayan Lepas, Penang