Thursday, June 23, 2011

LI di Genting Highland Resort

Permohonan masih lagi dibuka

Email daripada Pn Fadzilah, BHIP JPP

Dr/Tuan/Puan,

Salam sejahtera..

Untuk makluman Dr/Tuan/Puan, JPP telah mengadakan kolaborasi dengan Genting World Resort Malaysia Sdn Bhd. Pihak Genting berbesar hati untuk menawarkan 45-50 tempat latihan industri di Genting World Resort, Genting Highland bagi sesi mulai Julai 2011.

Sehubungan itu, mohon Dr/Tuan/Puan untuk menghebahkan perkara ini kepada Unit Perhubungan & Latihan Industri di politeknik Dr/Tuan/Puan untuk dimaklumkan kepada pelajar yang masih belum lagi mendapat tempat latihan industri bagi Sesi Julai 2011 ini.

Tawaran tempat latihan adalah seperti berikut:
Tempat : Genting World Resort Malaysia Sdn Bhd, Genting Highland
Elaun : RM640 sebulan
Bidang pelajar : Mekanikal & Elektrik (Diploma sahaja)
Kemudahan tempat tinggal disediakan secara percuma

Mohon Dr/Tuan/Puan maklumkan kepada saya nama pelajar melalui h/p 0134378858 atau email.

Sekian. Terima kasih

Fadzilah, BHIP JPP

No comments:

Post a Comment