Friday, July 8, 2011

Senarai Nama Temuduga

Kepada semua pelajar yang telah menamatkan Latihan Industri bagi sesi Disember 2010.

Senarai Pensyarah Penemuduga adalah seperti berikut:

http://li-jke.blogspot.com/p/senarai-nama-temuduga-latihan-industri.html

1. Satu sesi Taklimat temuduga akan dijalankan pada:

Tarikh: 13/7/2011 (RABU)
Pukul: 2.15ptg
Tempat: DKE

2. Sila buat temujanji dengan pensyarah masa yang sesuai untuk sesi temuduga (Tempoh membuat temujanji 13/7/2011 hingga 15/7/2011)



3. Tetapkan tarikh sesi temuduga dengan Pensyarah antara 18/7/2011 hingga 20/7/2011.

4. Sampul Surat laporan hendaklah diserahkan kepada pensyarah ketika membuat temujanji

5. Sila bawa Resume ketika sesi temuduga

6. Sila pakai pakaian yang kemas ketika sesi temuduga (Kemeja bertali leher bagi lelaki) dan pakaian yang sopan (bagi perempuan)

7. Sesi temuduga akan berjalan menggunakan bahasa Inggeris (bergantung kepada pensyarah).

8. Pelajar dikehendaki membuat pembetulan pada laporan akhir sekiranya diarahkan oleh pensyarah penemuduga.

9. Tarikh akhir menghantar laporan yang telah siap dibetulkan adalah pada 25/7/2011 (Isnin)

10. Pelajar dikehendaki menyediakan RM20 untuk binding hard cover buku laporan (kumpulkan pada wakil kelas) kemudian serahkan kepada En Sallehin.

Sebarang masalah sila maklumkan pada Penyelaras LI JKE

No comments:

Post a Comment