Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah
dirujuk.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa JKE, Unit Psikologi dan kerjaya serta
UPLI akan menganjurkan satu seminar kerjaya dan teknologi serta
temuduga terbuka bersama National Instruments akan diadakan seperti ketetapan
berikut:-
Tarikh
: 27 September 2012.
Tempat : Dewan Kuliah Utama, PSP (10.00pg-1.00tgh)
Temuduga di Perpustakaan PSP (2.00ptg-5.00ptg)
3. Sehubungan
dengan itu, tuan/puan diminta memberi pelepasan kuliah kepada semua pelajar JKE
semester 3 (yang akan menjalani latihan industri sesi Disember 2012) dan juga
semester 6. Mohon Penasihat Akademik semester 3 dan 6 untuk memaklumkan kepada
pelajar masing-masing. Mohon juga bantuan AJK terlibat untuk melancarkan
aktiviti serta Unit Multimedia untuk membuat rakaman semasa aktiviti
tersebut.
4. Mohon warga PSP hebahkan tentang temuduga terbuka kepada
pelajar yang sedang mencari pekerjaan.
Segala kerjasama dari tuan/puan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian.
MOHD AMINI BIN AHAMAD SAYUTI
Penyelaras Kolaborasi JKE.