Thursday, September 13, 2012

Skim Kemahiran dan Kerjaya 1Malaysia


Skim Kemahiran dan Kerjaya  1Malaysia

A. NAMA PROGRAM
Program Skim Kemahiran dan Kerjaya 1 Malaysia (SKK1M) di bawah penyelarasan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

B. OBJEKTIF
Memberi Peluang pekerjaan kepada bekas pelajar politeknik yang belum bekerja/kurang kemahiran untuk diambil bekerja. Di akhir program, peserta yang mengikuti SKK1M ini akan diserapkan sebagai pekerja tetap oleh industry yang member latihan.

C. HASIL YANG DIHARAPKAN
i. Mengurangkan kadar tidak bekerja graduan khususnya graduan politeknik
ii. Melahirkan tenaga kerja baru yang menepati kehendak industry.
iii. Graduan berpeluang memperolehi pekerjaan mengikut bidang yang diceburi dengan jawatan yang setaraf dengan kelayakan.

D. SASARAN PESERTA
Sekurang-kurangnya 500 graduan politeknik yang belum bekerja.

E. Modus Operandi
Peserta mengikuti  dua(2) bulan latihan pra-pekerjaan (attachment) di industry terlibat. Peserta akan ditawarkan pekerjaan di industry yang sama sebaik sahaja tamat latihan.

F. ELAUN PESERTA
Elaun sebanyak RM500 sebulan akan dibayar oleh kementerian Pengajian Tinggi kepada setiap peserta sepanjang tempoh dua bulan latihan di industry.

G. SASARAN PELAKSANAAN
Latihan bermula 18 September 2012.
Sekiranya berminat boleh menghubungi Pn Fadzilah Abdullah di Bahagian Perhubungan Industri, Pengesanan Graduan & Alumni,  Jabatan Pengajian Politeknik, KPT ditalian 03-8891 9308 atau email: fadzilahabdullah@mohe.gov.my 


No comments:

Post a Comment