Tuesday, September 25, 2012

SEMINAR KERJAYA DAN TEKNOLOGI SERTA TEMUDUGA OLEH NATIONAL INSTRUMENTS


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa JKE, Unit Psikologi dan kerjaya serta UPLI akan menganjurkan satu seminar kerjaya dan teknologi serta temuduga terbuka bersama National Instruments akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh   : 27 September 2012.
Tempat : Dewan Kuliah Utama, PSP (10.00pg-1.00tgh)
                Temuduga di Perpustakaan PSP  (2.00ptg-5.00ptg)
                                                 
3.       Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta memberi pelepasan kuliah kepada semua pelajar JKE semester 3 (yang akan menjalani latihan industri sesi Disember 2012) dan juga semester 6. Mohon Penasihat Akademik semester 3 dan 6 untuk memaklumkan kepada pelajar masing-masing. Mohon juga bantuan AJK terlibat untuk melancarkan aktiviti serta Unit Multimedia untuk membuat rakaman semasa aktiviti tersebut.

4.       Mohon warga PSP hebahkan tentang temuduga terbuka kepada pelajar yang sedang mencari pekerjaan.

Segala kerjasama dari tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

MOHD AMINI BIN AHAMAD SAYUTI
Penyelaras Kolaborasi JKE.

No comments:

Post a Comment